Konvokesyen IPG
VIDEO TATACARA KONVOKESYEN
 
   
:: Kemaskini 2 Mei 2017
PELAWAT
web counter
     
 
Bayaran Konvokesyen
 
     
 

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Ringgit (RM250.00). Graduan yang tidak dapat hadir ke Majlis Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Satu Ratus Ringgit (RM100.00). Pembayaran perlu dibuat terus kepada IPG KAMPUS masing-masing melalui Kiriman Wang (Money Order) sebelum atau pada 10 Ogos 2017. Kaunter penerimaan bayaran tidak akan disediakan pada hari pendaftaran konvokesyen.

Sila hubungi Urus Setia Konvokesyen IPG Kampus atau rujuk Portal IPG Kampus masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pembayaran tersebut.

Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang gagal membuat bayaran konvokesyen. Sila bawa bersama salinan slip bayaran atau dokumen pengesahan bayaran daripada IPG Kampus masing-masing pada hari pendaftaran konvokesyen.

 
 

 

Contoh Kiriman Wang/Money Order