Konvokesyen IPG
VIDEO TATACARA KONVOKESYEN
 
   
:: Kemaskini 2 Mei 2017
PELAWAT
web counter
Pakaian Graduan
Panduan Pakaian Graduan

4.0 PAKAIAN

Semua graduan diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.

4.1 PAKAIAN AKADEMIK

Semua graduan mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPGM secara berpusat).
Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
Urusan pinjaman pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPGM tidak akan dipertimbangkan.
Graduan yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dewan Majlis Konvokesyen.

4.2 Pakaian Graduan Lelaki:-

Sepasang Baju Melayu warna gelap, bersampin kemas.
Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam.
Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
Pakaian selain daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
4.3 Pakaian Graduan Perempuan:-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Baju kurung/baju kurung moden yang tidak mencolok mata.
Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Kain jenis ‘lace' boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
Kasut bertutup dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
Pakaian gaun atau ‘skirt' pada paras lutut atau lebih pendek, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI