Konvokesyen IPG

VIDEO TATACARA KONVOKESYEN
 
   
:: Kemaskini 17 Julai 2018
PELAWAT
KONVOKESYEN KALI KE-9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 

Konvokesyen Kali Ke-9 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 18 hingga 20 Ogos 2018 bagi penganugerahan berikut:

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), dan Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Diploma Pendidikan kepada graduan Pengajian Diploma Lepas Ijazah (PDPLI).
Diploma Perguruan kepada graduan pengajian program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Rendah dan Menengah - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Konvokesyen Kali Ke-9 akan berlangsung di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Seramai 2,850 orang bakal graduan dijangka akan menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Semua urusan pendaftaran, taklimat, penyerahan jubah, penyerahan ijazah/diploma dan transkrip akan dijalankan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Tahniah kepada semua graduan.