PENGUMUMAN
Konvokesyen Kali Ke-10 Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 19 hingga 22 Ogos 2019 bagi penganugerahan berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015.
- Diploma Pendidikan kepada graduan Pengajian Diploma Lepas Ijazah (PDPLI) Ambilan Jun 2017, Nov 2017 & Jan 2018.
- Diploma Perguruan kepada graduan pengajian Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Nov 2015.
Konvokesyen Kali Ke-10 akan berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia. Seramai 4,857 orang bakal graduan dijangka akan menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Semua urusan pendaftaran, taklimat, penyerahan jubah, penyerahan ijazah/diploma dan transkrip akan dijalankan di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia.
Tahniah kepada semua graduan.
TATACARA KONVOKESYEN IPG
Video Tatacara Konvokesyen IPG adalah penerangan merangkumi Pakaian Graduan, Pakaian Akademik (Jubah), cara pemakaian Pakaian Akademik (Jubah), Tatacara penerimaan skrol/folder dan beberapa peringatan penting untuk graduan, waris dan tetamu.
Graduan adalah diingatkan mematuhi panduan yang terkandung di dalam video tersebut.
Lokasi
Konvokesyen Ke-10 2019 akan berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abd Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia.