WARIS/TETAMU

Panduan Waris/Tetamu

  • Waris/tetamu dinasihatkan tidak meletak kenderaan di bahu jalan di kawasan kampus. Pihak Keselamatan universiti berhak mengambil tindakan ke atas kenderaan yang melanggar peraturan lalu lintas universiti.
  • Kenderaan hendaklah di letak di kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
  • Setiap graduan akan diberikan Kad Waris yang membolehkan DUA orang Waris/Tetamu memasuki Dewan Konvokesyen.
  • Waris/Tetamu yang memiliki Kad Waris sahaja yang akan dibenarkan memasuki Dewan Konvokesyen.
  • Waris/Tetamu tidak dibenarkan merakam gambar atau swafoto berhampiran pentas majlis konvokesyen.
  • Waris/Tetamu hanya boleh mengambil gambar dari tempat duduk masing-masing tanpa penggunaan denyar kamera (camera flash).
  • Waris/Tetamu mesti berpakaian SOPAN semasa memasuki Dewan Konvokesyen.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke Dewan Konvokesyen.
  • Telefon bimbit para Waris/Tetamu perlu dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap semasa majlis berlangsung.
  • Waris/Tetamu tidak dibenarkan merokok, membawa makanan atau minuman ke dalam Dewan Konvokesyen.
  • Waris/Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jambangan bunga atau cenderamata bersaiz besar ke dalam Dewan Konvokesyen kerana ia boleh mengganggu tetamu yang lain.
  • Waris/Tetamu perlu bertanggungjawab menjaga barangan berharga milik peribadi. Pihak IPGM dan Urus setia Konvokesyen tidak akan bertanggngjawab atas kehilangan atau kerosakan barangan tersebut.
  • Waris/Tetamu perlu menghormati majlis. Elakkan daripada membuat bising dan melakukan apa-apa perkara yang boleh menjejaskan perjalanan majlis.

Pelawat

107408
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu Lepas
Bulan ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
11
28
39
107318
90
0
107408

Hubungi Kami

home
phone  +603-8312 6666
fax  +603-8312 6655
email  konvokesyen[at]ipgm.edu.my
Hak Cipta Terpelihara ©2020 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas.

Search